Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, pelajar menerangkan objek ataupun proses, menyoal,menjalankan eksperimen bagi menjawab soalan, dan berkomunikasi bagi berkongsi penemuanataupun penyelesaian.
Inkuiri saintifik merujuk pada pelbagai cara yang digunakan oleh ahlisains bagi mengkaji alam semula jadi dan mencadangkan penjelasan berasaskan bukti hasildaripada daya usaha mereka. Inkuiri di dalam kelas sains merujuk pada aktiviti-aktiviti pelajar bagi membolehkan mereka meluaskan pengetahuan dan memahami idea-idea saintifik serta kefahaman tentang bagaimana ahli sains mengkaji alam semula jadi. Inkuiri pelajar melibatkan pemerhatian, mengemukakan soalan, menyemak buku dan sumber-sumber maklumat laintentang perkara yang sudah diketahui, merancang penyiasatan, menyemak perkara yang diketahui berasaskan bukti eksperimen, menggunakan alat untuk mengumpul, analisis, dan interpretasi data, mencadangkan jawapan, penjelasan dan berkongsi keputusan atau dapatan.
Inkuiri dapat juga ditakrifkan seperti berikut:
a) Inkuiri ialah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, merekabentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan bagi menyelesaikanmasalah.
b) Inkuiri didefinisikan sebagai proses mencari kebenaran, maklumat ataupunpengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulanmaklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (WhetSchool & Dismey Learning Partnership 2000).
c) Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai satu perkara dan mencarijawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian danpengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuirimemerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dankelemahan kaedah yang digunakan (Herank 2000).
Dalam inkuiri saintifik pelajar menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses untuk membina secara aktif kefahaman saintifik. Inkuiri saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses untuk membina kefahaman tentang pengetahuansains secara aktif. Melalui inkuiri, pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupanseharian. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari untuk melakukan sesuatu dengan baik.Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu untuk berjaya dan melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan seperti berfikir, mengurus, prihatin dansebagainya. (Hendricks 1996).
Inkuiri saintifik berlaku apabila :
1) Pengalaman pembelajaran memberi masa kepada pelajar membina kefahamanberkaitan sains melalui integrasi konsep dan proses dalam konteks yangmenggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan.
2) Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada pelajar bagi membina, menggunadan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan.
3) Jangkaan pembelajaran berkaitan inkuiri saintifik dan penyiasatan ataupunpenerokaan dicerminkan dalam amalan
0 comments:
Post a Comment