Skillful Decision Making
-What makes a decision necessary?
-What are my options?
What are the likely consequences of each option?
-How important are the consequences?
Which option is best in light of the consequences?
Teori Konstruktivisme
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
Model Konstruktivisme 5-Fasa
Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-
Bil | Fasa | Tujuan/Kegunaan | Kaedah |
I | Orientasi | Menimbulkan minat dan menyediakan suasana | Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar |
II | Pencetusan Idea | Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu | Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan |
III | Penstrukturan semula idea i. Pernjelasan dan pertukaran ii. Pendedahan kepada situasi konflik iii. Pembinaan idea baru iv. Penilaian | Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ada Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina | Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan Perbincangan, pembacaan, input guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru |
IV | Penggunaan idea | Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa | Penulisan sendiri kerja projek |
V | Renungan kembali | Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. | Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain. |
2 comments:
hm^^ buat blog ni pun merupakan salah satu cara pembelajaran yang menggunakan Teori Konstruktivisme ^^
exactly!!!heheh
Post a Comment