Pages

MY NEW PREZI!!!!!

Tuesday, 15 November 2011

TEORI-TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEORI BEHAVIOURISME
-Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman. Teori Skinner pula menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku dana bukan untuk menghentikannya. Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklumbalas yang positif. Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul. Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang individu Kesimpulannya, teori behaviourisme memberi fokus terhadap tingkahlaku yang ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkahlaku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi.
                                           
TEORI KOGNITIF
Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950), aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Teori Pembelajaran Gagne
-Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran :
i) motivasi
ii) kefahaman
iii) pemerolehan
iv) penahanan
v) mengingat kembali
vi) generalisasi
vii) pelakuan 

ix) maklum balas

TEORI KONSTRUKTIVISME 
-Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.
Prinsip-prinsip Konstruktivisme 
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham . Menurut Sells dan Glasgow (1998), konstruktivism menekankan penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan untuk gaya pembelajaran reflektif kerana pelajar mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas untuk membentuk pemahaman baru. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah melalui perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif.

TEORI MULTIPLE INTELLIGENCE
-Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner. Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:

Jenis
Sifat
Linguistik
Pelajar menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental . Suka bercakap .Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan
Logikal
Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait .Gemar pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan logik dan menyelesaikan puzzle
Bodily / Kinesthetic
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui body language dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on' . Sukar memberi tumpuan dan fokus.
Visual / spatial
Perlukan visual untuk membina kefahaman . Belajar paling berkesan melalui gambar dan imej . Menukar apa yang dibaca dan didengar kepada gambaran mental. Cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.

DEFINISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

                                               
Apa dia pengajaran?

-Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
  • ·        guru dan murid,
  • ·        guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
  • ·        hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • ·        melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • ·        melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
  • ·        ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • ·        boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • ·        meliputi rancangan mengajar (KOPI),
  • ·        proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ·        ada unsur sains dan seni.


Apa dia pembelajaran?

  -Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :
  • ·        Satu proses yang berterusan,
  • ·        Secara formal dan tak formal,
  • ·        Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb.,
  • ·        Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • ·        Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  • ·        Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.




Friday, 21 October 2011

Kemahiran Saintifik

       Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. 

   i) Kemahiran Proses Sains

          -Memerhati.
          -Mengelaskan.
          -Mengukur dan menggunakan nombor.
          -Membuat inferens.
          -Meramalkan.
          -Berkomunikasi.
          -Menggunakan perhubungan ruang dan masa.
          -Mentafsirkan data.
          -Mendefinisikan secara operasi.
          -Mengawal pemboleh ubah.
          -Membuat hipotesis.
          -Mengeksperimen.

ii)Kemahiran manipulatif - merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti
berikut :

•  Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan
sains dengan betul.
•  Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.
•  Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
•  Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
•  Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Thursday, 20 October 2011

AbOuT ThE SeMiNar 'RELEVANKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA?'

 4 Oktober 2011: Seminar  'Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia?
Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan AT12 yang bekerjasama as a team dalam menjayakan seminar  'Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia?'. .
         Akhirnya, selesai juga seminar yang dijalankan pada 4 Oktober 2011..Perjalanan program berjalan dengan lancar walaupun tidak mendapat sambutan yang hangat daripada audiens. Tetapi kami tetap berpuashati dengan hasil kerja kami dan mungkin penambaikan perlu dilakukan pada masa akan datang. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Itulah prinsip yang kami pegang untuk menjayakan program ini. Semua saling bantu-membantu dan bertungkus-lumus memberikan kerjasama bagi membolehkan seminar ini berjalan dengan lancar.

   3 Oktober 2011: Debat  'Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia?

       Pada hari tersebut, satu debat yang sangat mantap telah diadakan di kalangan pelajar AT12 yang diwakili oleh kerajaan dan orang awam sebagai pembangkang. Wakil dari kerajaan bersetuju jika tenaga nuklear digunakan di Malaysia manakala wakil dari orang awam yang membangkang tidak bersetuju jika tenaga nuklear digunakan di Malaysia. Hujah-hujah yang diberikan oleh kedua-dua pihak sangat bagus tetapi pada pemerhatian saya, hujah-hujah dari pihak pembangkang sangat mantap dan bagus serta dapat mematikan hujah dari pihak kerajaan.  Pada pendapat saya sendiri juga, saya tidak bersetuju jika tenaga nuklear digunakan di Malaysia. Hal ini adalah kerana Malaysia masih terdapat sumber yang bersih yang boleh dijanakan sebagai tenaga elektrik selain tenaga nuklear.

       

Wednesday, 5 October 2011

TENAGA NUKLEAR!!!


9 PERKARA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG TENAGA NUKLEAR!!!


1.    1- Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

2.     2. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

3.     3.  Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.

4.     4.  Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.

5.     5.  Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.

6.      6.  Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.

7.      7.  Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.

8.    8.  Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.

9.     9.  Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat.
                         
                                                       

  1.     JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI INFO MENGENAI TENAGA NUKLEAR LEBIH LANJUT,BOLEH LAYARI WEBSITE SEPERTI DI BAWAH...

http://b-naimem.tripod.com/nuklear.htm
http://beritasemasa.com/tenaga-nuklear-di-malaysia-tenaga-alternatif-2021
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/13/mstar_berita/20110313142612&sec=mstar_berita
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26681:tenaga-nuklear-tidak-wajar-untuk-malaysia-&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Monday, 26 September 2011

Kata-kata Motivasi!!!!!!


Diharap segala kata-kata perangsang seperti di bawah dapat memotivasikan diri kita untuk menjadikan kita seorang yang lebih berguna!!!!!!



 Renung-renungkan dan Selamat Beramal!!!!!!!!!




                  

Sunday, 25 September 2011

Next Lesson......

 Pelajaran pada hari ini adalah tentang pembelajaran masteri.


Apakah itu Pembelajaran Masteri???

Pembelajaran Masteri
             … merupakan satu pendekatan pengajaran
                 dan pembelajaran yang berfokuskan
                 penguasaan murid dalam sesuatu perkara
                 yang diajar.
                 [Bloom, 1968]

            … berasaskan kepada falsafah bahawa
                 semua atau hampir semua murid boleh
                 menguasai sesuatu pengetahuan atau
                 kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan
                 sekiranya keadaan yang sesuai dan masa
                 yang mencukupi disediakan untuk murid itu
                 menguasai pembelajarannya.
                 [Bloom, 1968]

                                    … ialah satu set idea dan amalan pengajaran
                                         secara individu yang dapat membantu murid
                                         untuk belajar secara konsisten … idea dan
                                         amalan ini menghasilkan pengajaran yang
                                         sistematik, membantu murid apabila
                                          menghadapi masalah pembelajaran,
                                          memperuntukkan masa yang mencukupi
                                         untuk murid mencapai masteri dengan
                                         berpandukan kriteria masteri yang jelas.
                                         [Anderson & Block, 1975]

Modul Pembelajaran Masteri