KESAHAN
-Ia merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur penilai.
-Ia juga merujuk kepada 2 perkara:
1) Kesahan instrumen
2) Kesahan inferens/kesimpulan
KEBOLEHPERCAYAAN
-ia merujuk kepada ketekalan alat pengukur dalam mengukur aspek yang hendak diukur.
Bagaimana untuk menentukan kebolehpercayaan ujian?
1- kaedah uji-uji semula
2-ukuran kesetaraan
3-ketekalan antara pemeriksa
4-ketekalan dalaman
5-kaedah belah 2
MY NEW PREZI!!!!!
Friday, 16 December 2011
PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
PENTAKSIRAN
Pentaksiran -proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan laukan
PENGUJIAN
Pengujian- proses mengumpul data secara sistematik
PENILAIAN
Penilaian-proses membandingkan data untuk menentukan nilainya
PENGUKURAN
Pengukuran-proses yang menggunakan skala standard atau alat pengukur
-Ujian ialah salah satu alat pengukuran.
Pentaksiran -proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan laukan
PENGUJIAN
Pengujian- proses mengumpul data secara sistematik
PENILAIAN
Penilaian-proses membandingkan data untuk menentukan nilainya
PENGUKURAN
Pengukuran-proses yang menggunakan skala standard atau alat pengukur
-Ujian ialah salah satu alat pengukuran.
Friday, 2 December 2011
MY NEW PREZI!!!!!
AKHIRNYA MY MOVIE MAKER TELAH DITUKARKAN SEPENUHNYA KEPADA PREZI...PERASAAN SANGAT GEMBIRA WALAUPUN BUAT LAST MINUTE KERANA KESUNTUKAN MASA....
Monday, 28 November 2011
APA ITU MISKONSEPSI?
Miskonsepsi adalah kefahaman atau kepercayaan yang tersasar daripada yang asal. atau
lebih tepat lagi
Kefahaman/tanggapan/kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa (yang membawa maksud satu kesalahan)
CIRI-CIRI MISKONSEPSI
-sukar diubah
-berasal dari pengalaman
-kurang kefahaman
-Dipegang dengan kukuh, iaitu sukar dibetulkan/ditukar
-Agak stabil, iaitu berulang kali timbul atau digunakan dalam konteks yang berbeza
-Biasanya terhasil daripada pengalaman seharian (melalui deria)
-Biasanya merupakan generalisasi melampau (overgeneralization) suatu kefahaman yang betul
-Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan
Friday, 18 November 2011
SAYA, MEDIA DAN TEKNOLOGI
Mule2 semangat nk gne PREZI, alih2 xgne pun..Orang lain gune PREZI...tibe2 ak gne VIDEOPAD VIDEO EDITOR..bunyi cam canggih je,padahal last minute cri software yg leh gnti ngan PREZI...susah kalo umh ade tnet malu2 nk bergerak pantas ni..terpakse gne software yg ad dlm lptop je,,,apesal pagi2 bute ni ak nk wt sesi luahan hati dlm blog ni..cam geli je..hahaa...syok sdri smbil lyan lagu Im Surrender.. Walaupun xbrape nk smart video ni...harap2 dpt bg manfaat utk sy n sume yg menonton..ad ke org nk tgk ke vdeo ni..huahuahua..
Tuesday, 15 November 2011
TAKSONOMI BLOOM
Untuk membuat penilaian dan pengukuran, perlu dirujuk kepada objektif pengajaran. Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun1956 (wikipedia). Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Aras Pengetahuan
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :
1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.
Aras Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:
Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.
Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.
Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.
Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.
Aras Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.
Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.
Aras Analisis
Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.
Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.
Aras Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.
Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.
Aras Penilaian
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)