Pages

MY NEW PREZI!!!!!

Monday 28 November 2011

APA ITU MISKONSEPSI?

Miskonsepsi adalah kefahaman atau kepercayaan yang tersasar daripada yang asal. atau
lebih tepat lagi
Kefahaman/tanggapan/kepercayaan yang berbeza daripada kefahaman sains yang diterima pakai pada satu-satu masa (yang membawa maksud satu kesalahan)

CIRI-CIRI MISKONSEPSI
-sukar diubah
-berasal dari pengalaman
-kurang kefahaman
-Dipegang dengan kukuh, iaitu sukar dibetulkan/ditukar 
-Agak stabil, iaitu berulang kali timbul atau digunakan dalam konteks yang berbeza
-Biasanya terhasil daripada pengalaman seharian (melalui deria)
-Biasanya merupakan generalisasi melampau (overgeneralization) suatu kefahaman yang betul
-Menunjukkan kurang kefahaman berbanding kurang pengetahuan

Friday 18 November 2011

SAYA, MEDIA DAN TEKNOLOGI

    
 Mule2 semangat nk gne PREZI, alih2 xgne pun..Orang lain gune PREZI...tibe2 ak gne VIDEOPAD VIDEO EDITOR..bunyi cam canggih je,padahal last minute cri software yg leh gnti ngan PREZI...susah kalo umh ade tnet malu2 nk bergerak pantas ni..terpakse gne software yg ad dlm lptop je,,,apesal pagi2 bute ni ak nk wt sesi luahan hati dlm blog ni..cam geli je..hahaa...syok sdri smbil lyan lagu Im Surrender..  Walaupun xbrape nk smart video ni...harap2 dpt bg manfaat utk sy n sume yg menonton..ad ke org nk tgk ke vdeo ni..huahuahua..
     Kepada Dr. saya mntak maaf jikalau video ini tidak memuaskan hati..sebarang kesilapan akan saya perbetulkan....

    

KATA-KATA BIJAK PADA HARI INI

Uji ketajaman mata anda sebelum renungi kata-kata motivasi di bawah..







Tuesday 15 November 2011

TAKSONOMI BLOOM

Untuk membuat penilaian dan pengukuran, perlu dirujuk kepada objektif pengajaran. Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran. Taksonomi ialah klasifikasi berhirarki dari sesuatu, atau prinsip yang mendasari klasifikasi. Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun1956 (wikipedia). Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

                              

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran,   pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.


Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:
Penterjemahan 
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi) 
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi 
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.


Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.


Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.


Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

INKUIRI

Inkuiri secara amnya bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat fenomena yang berlaku di sekeliling. Melalui inkuiri, pelajar menerangkan objek ataupun proses, menyoal,menjalankan eksperimen bagi menjawab soalan, dan berkomunikasi bagi berkongsi penemuanataupun penyelesaian.
 Inkuiri saintifik merujuk pada pelbagai cara yang digunakan oleh ahlisains bagi mengkaji alam semula jadi dan mencadangkan penjelasan berasaskan bukti hasildaripada daya usaha mereka. Inkuiri di dalam kelas sains merujuk pada aktiviti-aktiviti pelajar bagi membolehkan mereka meluaskan pengetahuan dan memahami idea-idea saintifik serta kefahaman tentang bagaimana ahli sains mengkaji alam semula jadi. Inkuiri pelajar melibatkan pemerhatian, mengemukakan  soalan, menyemak buku dan  sumber-sumber maklumat  laintentang  perkara  yang  sudah  diketahui,  merancang  penyiasatan,  menyemak  perkara  yang diketahui berasaskan bukti eksperimen, menggunakan alat untuk mengumpul, analisis, dan interpretasi data, mencadangkan jawapan, penjelasan dan berkongsi keputusan atau dapatan.
Inkuiri dapat juga ditakrifkan seperti berikut:
a) Inkuiri ialah satu proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, merekabentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan bagi menyelesaikanmasalah.
b) Inkuiri  didefinisikan  sebagai  proses  mencari  kebenaran,  maklumat  ataupunpengetahuan melalui kaedah penyoalan. Proses inkuiri bermula dengan pengumpulanmaklumat melalui deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (WhetSchool & Dismey Learning Partnership 2000).
c) Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai satu perkara dan mencarijawapan  kepada  penyoalan  yang  diutarakan.  Ia  melibatkan  pemerhatian  danpengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori. Inkuirimemerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira kekuatan dankelemahan kaedah yang digunakan (Herank 2000).
Dalam inkuiri saintifik pelajar menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran  proses  untuk  membina  secara  aktif  kefahaman  saintifik.  Inkuiri  saintifik menggunakan pemikiran dan kemahiran proses untuk membina kefahaman tentang pengetahuansains secara aktif. Melalui inkuiri, pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupanseharian. Kemahiran adalah keupayaan yang dipelajari untuk melakukan sesuatu dengan baik.Kemahiran hidup ditakrifkan sebagai kemahiran yang membantu individu untuk berjaya dan melalui kehidupan yang produktif dan memuaskan seperti berfikir, mengurus, prihatin dansebagainya. (Hendricks 1996).
Inkuiri saintifik berlaku apabila :
1)    Pengalaman  pembelajaran  memberi  masa  kepada  pelajar  membina  kefahamanberkaitan  sains  melalui  integrasi  konsep  dan  proses  dalam  konteks  yangmenggalakkan penerokaan, perdebatan dan perbincangan.

2)        Pengalaman pembelajaran memberi peluang kepada pelajar bagi membina, menggunadan mengimbang sifat-sifat ingin tahu, keterbukaan dan keraguan.

3)    Jangkaan  pembelajaran  berkaitan  inkuiri  saintifik  dan  penyiasatan  ataupunpenerokaan dicerminkan dalam amalan