Pages

MY NEW PREZI!!!!!

Friday 21 October 2011

Kemahiran Saintifik

       Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. 

   i) Kemahiran Proses Sains

          -Memerhati.
          -Mengelaskan.
          -Mengukur dan menggunakan nombor.
          -Membuat inferens.
          -Meramalkan.
          -Berkomunikasi.
          -Menggunakan perhubungan ruang dan masa.
          -Mentafsirkan data.
          -Mendefinisikan secara operasi.
          -Mengawal pemboleh ubah.
          -Membuat hipotesis.
          -Mengeksperimen.

ii)Kemahiran manipulatif - merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti
berikut :

•  Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan
sains dengan betul.
•  Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan
selamat.
•  Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
•  Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
•  Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Thursday 20 October 2011

AbOuT ThE SeMiNar 'RELEVANKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA?'

 4 Oktober 2011: Seminar  'Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia?
Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan AT12 yang bekerjasama as a team dalam menjayakan seminar  'Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia?'. .
         Akhirnya, selesai juga seminar yang dijalankan pada 4 Oktober 2011..Perjalanan program berjalan dengan lancar walaupun tidak mendapat sambutan yang hangat daripada audiens. Tetapi kami tetap berpuashati dengan hasil kerja kami dan mungkin penambaikan perlu dilakukan pada masa akan datang. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Itulah prinsip yang kami pegang untuk menjayakan program ini. Semua saling bantu-membantu dan bertungkus-lumus memberikan kerjasama bagi membolehkan seminar ini berjalan dengan lancar.

   3 Oktober 2011: Debat  'Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia?

       Pada hari tersebut, satu debat yang sangat mantap telah diadakan di kalangan pelajar AT12 yang diwakili oleh kerajaan dan orang awam sebagai pembangkang. Wakil dari kerajaan bersetuju jika tenaga nuklear digunakan di Malaysia manakala wakil dari orang awam yang membangkang tidak bersetuju jika tenaga nuklear digunakan di Malaysia. Hujah-hujah yang diberikan oleh kedua-dua pihak sangat bagus tetapi pada pemerhatian saya, hujah-hujah dari pihak pembangkang sangat mantap dan bagus serta dapat mematikan hujah dari pihak kerajaan.  Pada pendapat saya sendiri juga, saya tidak bersetuju jika tenaga nuklear digunakan di Malaysia. Hal ini adalah kerana Malaysia masih terdapat sumber yang bersih yang boleh dijanakan sebagai tenaga elektrik selain tenaga nuklear.

       

Wednesday 5 October 2011

TENAGA NUKLEAR!!!


9 PERKARA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG TENAGA NUKLEAR!!!


1.    1- Loji tenaga nuklear menghasilkan tenaga elektrik melalui pemanasan air untuk menghasilkan wap panas yang akan menggerakkan turbin. Bagi menghasilkan wap, loji nuklear menggunakan haba yang terhasil dari penguraian bahan radioaktif – pembelahan nukleus atom bahan radioaktif (kebiasaannya Uranium)

2.     2. Amerika Syarikat memiliki 104 reaktor di loji nuklear yang menghasilkan 20 peratus jumlah penghasilan tenaga di seluruh negara tersebut. Pada tahun 2009, 13-14 peratus penjanaan tenaga elektrik seluruh dunia dihasilkan menggunakan tenaga nuklear.

3.     3.  Jumlah keseluruhan reaktor tenaga nuklear peringkat komersial dianggarkan melebihi 440 buah yang beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia.

4.     4.  Terdapat 62 loji nuklear yang sedang dibina di seluruh dunia pada masa ini.

5.     5.  Bencana loji tenaga nuklear berlaku apabila bahan radioaktif dalam teras reaktor mengalami pemanasan melampau dan mengalami pencairan. Situasi ini akan membebaskan bahan radioaktif yang tidak terkawal ke persekitaran.

6.      6.  Bencana Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 dikategorikan sebagai bencana terburuk kemalangan loji nuklear di dunia. Ia mengorbankan 56 nyawa serta merta dan menyebabkan lebih 4000 pesakit kanser yang disebabkan pendedahan radiasi bahan radioaktif. Kerugian akibat dari kemusnahan loji nuklear Chernobyl dianggarkan sebanyak $7 bilion dolar Amerika.

7.      7.  Bencana Reaktor Nuklear Three Mile Island adalah yang terburuk dicatatkan di Amerika Syarikat yang berlaku pada tahun 1979 di Pennsylvania. Dua unit reaktor di loji terbabit mengalami pencairan separa dan membebaskan radiasi sinaran radioaktif. Kesan daripada tragedi itu, projek peluasan tenaga nuklear Amerika Syarikat dibekukan serta merta buat sementara waktu.

8.    8.  Kesan radiasi bahan radioaktif terjadi apabila seseorang terdedah kepada 1000 mSv per jam. Pekerja Chernobyl meninggal dunia dalam tempoh sebulan dan juga dalam masa seminggu apabila mereka terdedah kepada sinaran radioaktif sebanyak 6'000 mSv per jam dan 10'000 mSv kedua-duanya.

9.     9.  Golongan yang menyokong penjanaan eletrik dari tenaga nuklear sentiasa memberi jamian bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah bebas dari pencemaran dan pelepasan gas rumah hijau selain berkeupayaan menghasilkan jumlah tenaga yang murah serta banyak berbanding sumber tenaga konvensional. Mereka juga menegaskan bahawa loji tenaga nuklear seperti di US mengamalkan ciri-ciri keselamatan yang ketat.
                         
                                                       

  1.     JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI INFO MENGENAI TENAGA NUKLEAR LEBIH LANJUT,BOLEH LAYARI WEBSITE SEPERTI DI BAWAH...

http://b-naimem.tripod.com/nuklear.htm
http://beritasemasa.com/tenaga-nuklear-di-malaysia-tenaga-alternatif-2021
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/13/mstar_berita/20110313142612&sec=mstar_berita
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26681:tenaga-nuklear-tidak-wajar-untuk-malaysia-&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46